Kereta Sewa Murah Di Lumut, Manjung & Sitiawan Perak Hanya Dari RM49.90/Sehari
Lumut Perak, satu-satunya tempat pelancongan yang mempunyai pelbagai destinasi yang memang
cukup menarik. Ada ingin membeli belah? Anda ingin bersantai atau melihat
keindahan semulajadi? Atau anda kaki makan dan ingin mencari tempat-tempat
makan yang best? Lumut adalah tempat anda. Lebih-lebih lagi di Manjung, Lumut, Perak di mana ia juga menempatkan antara lokasi-lokasi yang menarik ada untuk anda
singgah dan kunjungi, tetapi persoalannya bagaimana anda hendak ke sana?
Terminal Jeti Lumut |
Menaiki
pengangkutan awam memang satu pilihan yang baik, tetapi bagaimana anda hendak
bershopping dan hendak bawa barang-barang yang banyak? Ataupun anda inginkan
untuk pergi ke satu tempat yang mana agak jauh untuk anda sampai ke sana
menggunakan pengangkutan awam? Jawapannya adalah untuk anda mendapatkan kereta
sewa. Tahukah anda boleh mendapatkan kereta sewa murah di Manjung, Lumut hanya
dari RM49.90/sehari ?
Sejak
dua menjak ni pelbagai tempat-tempat yang menarik sudahpun terdapat di Manjung,
Lumut Perak. Misalnya, di sekitar Lumut yang mempunyai pelbagai bazar yang menjual
bermacam-macam hasil laut. Tapi jangan pula dilupakan tempat-tempat shopping
yang menarik seperti Aeon Manjung.
Bazaar Lumut |
Selain
pergi bershopping, anda juga boleh pergi beriadah atau melihat alam semulajadi
bersama keluarga / rakan-rakan. Antaranya ialah Pantai Teluk Batik yang
merupakan satu pantai peranginan di Lumut yang menarik untuk bercuti. Mempunyai
kawasan pantai yang lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah & sukan air
bersama keluarga seperti banana ride, jetski, naik bot dan sebagainya. Kawasan
Teluk Batik juga terkenal dengan banyak tempat makan best pada waktu malam
seperti medan ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan
tumpuan pelacongan, pilihan tempat makan malam yang best mesti ataupun chalet
bajet & antara penginapan yang popular adalah Marina Cove Resort, Virgo
Batik Resort dan Teluk Batik Resort.
Teluk Batik |
Selain
daripada itu, anda juga boleh pergi ke Taman Paya Bakau. Di sana, anda boleh
melihat monyet dan alam semulajadi seperti pokok-pokok bakau. Selain itu, anda
juga boleh membuat photoshot perkahwinan atau sebagainya kerana persekitaran di
sana sangat cantik.
Taman Paya Bakau |
Bagi anda yang kaki makan atau suka mencari
tempat-tempat makan, tahukah anda ada satu kedai yang namanya Restoran
Silaturrahim. Restoran Silaturrahim merupakan restoran yang menghidangkan
masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, tempoyak, budu, dan macam-macam
lagi. Aneka jenis minuman sejuk dan panas juga terdapat di restoran ini. Mereka
menggunakan konsep layan diri dan signature dish restoran ini adalah raja
segala jenis ulaman. Cakap sahaja mahu ulam apa, semua jenis ulam dan pelbagai
jenis lauk ada di sini. Percayalah yang anda akan rambang mata dengan lauk-pauk
yang tersedia. Restoran Silaturrahim memang terbaik, dan saya syorkan sesiapa
sahaja untuk singgah makan tengah hari di sini. Bukan sahaja mempunyai menu dan
lauk-pauk yang sedap, malah harganya juga murah!
Restoran Silaturrahim |
Selain
Restoran Silaturrahim, Restoran D’Warisan yang terletak di Teluk Muroh ini juga
turut menyajikan masakan kampung dan ala thai. Beberapa faktor anda mesti
datang makan di restoran ini adalah oleh kerana harga makanannya yang murah dan
memiliki tempat meletak kereta yang luas, sangat sesuai untuk anda yang datang
berkonvoi ke Lumut untuk singgah di makan tengah hari di sini. Bermacam jenis
pilihan lauk disediakan. Antaranya sambal sotong, gulai kambing, ikan bakar,
dan banyak lagi. Ikan bakar di sini dibakar sehingga betul-betul masak dan isi
ikan menjadi lembut. Jangan lupa pula untuk mencuba siput sedut masak lemak cili
api di sini memang kalau dah order tak berhenti menyedut lah jawabnya sebab
terlalu sedap!
Restoran D' Warisan |
Seterusnya
ialah Warung Awok yang terletak di Manjung berhadapan dengan Aeon Manjung.
Makanan yang disediakan sangat sedap dan lazat. Antaranya ialah Nasi Manggey,
Coconut Shake, Kelapa Baldi dan bermacam-macam lagi. Coconut Shake yang
disediakan juga sangat sedap kerana kelapanya sangat rasa. Harga juga sangat
berpatutan dan murah. Warung Awok ini juga besebelahan dengan syarikat HZ Rental. Sambil makan, anda juga boleh sewa kereta di HZ Rental.
Jadi anda boleh singgah di Warung Awok.
Warung Awok Manjung |
Nasi Awok |
Kereta Sewa Murah Di Manjung, Lumut Perak - Hanya Dari
RM49.90/Sehari
HZ Rental merupakan salah satu syarikat kereta sewa yang telah pun bertapak di Manjung
dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa serendah RM49.90 untuk sehari.
Syarikat ini telah berkecimpung dalam perkhidmatan sewa kereta dan telah
memberikan perkhidmatan yang cukup memuaskan hati pelanggan-pelanggannya.
Bermula dari hanya 3 kenderaan sahaja, sejak tahun 2014 mereka telah berkembang
ke 15 buah kenderaan dan semakin berkembang kian hari.
Pelanggan
- pelanggan HZ Rental tidak terhad kepada orang tempatan sahaja, malah
pelancong - pelancong dari negara luar pun turut serta menggunakan perkhidmatan
kereta sewa dari HZ Rental. Bukan mudah untuk anda mendapatkan kereta
sewa murah di Lumut, Manjung & Sitiawan hanya dari RM49.90/sehari, tetapi dengan HZ Rental, ia menjadi kenyataan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa
yang mantap dan murah.
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Kereta Sewa
Murah Di Manjung
Secara asasnya perkhidmatan yang disediakan oleh HZ Rental adalah perkhidmatan sewa yang mana anda boleh menyewa kereta
secara harian, mingguan ataupun bulanan, dengan harga sewa yang memang cukup
berpatutan dan susah untuk didapati di tempat lain. Pelbagai pilihan kereta
yang anda boleh dapati dengan HZ Rental yang mana anda boleh
mendapatkan kereta sewa murah di Lumut, Perak dari RM49.90/sehari.
Sekiranya anda mementingkan bajet atau inginkan
kereta yang kecil dan mudah untuk dibawa, pilihan anda yang paling sesuai
adalah Perodua Viva, yang menjanjikan penjimatan petrol yang paling optimum di
samping memberikan pengalaman pemanduan yang mudah kerana saiznya yang kecil
memudahkan anda untuk parking. Harga sewaan bagi Perodua Viva memang murah,
hanya dari RM 49.90/sehari.
Sekiranya anda inginkan kereta yang tidak
terlalu kecil atau masih berada dalam kategori kereta compact atau hatchback, anda
boleh memilih sama ada dari kereta Perodua Axia ataupun Perodua Myvi, yang mana
ia menjanjikan pemanduan yang selesa, ruang duduk yang luas sehingga memuatkan
5 orang dengan selesa, dan juga memberikan ruang but yang besar untuk
barang-barang shopping anda, disamping juga ia dapat memberikan penjimatan
petrol yang baik.
Untuk
mereka yang meminati kereta sedan, terdapat pilihan untuk mendapatkan sama ada
Proton Saga, Proton Persona dan Honda City, ketiga-tiga kereta ini memberikan
perbezaan dari segi harga sewaan, kualiti, keselesaan pemanduan, kepuasan
pemanduan dan sebagainya. Bagi anda yang mementingkan penjimatan, Proton Saga
adalah pilihan yang sesuai, manakala bagi anda yang mementingkan keselesaan
serta pemanduan yang mantap, Honda Honda City menjadi pilihan yang lebih
sesuai.
Selain
daripada kereta hatchback dan sedan, Manjung Car Rental juga menawarkan
kereta-kereta dari kategori MPV dan juga van. Contoh kereta MPV seperti Perodua
Alza, Proton Exora, Hyundai Starex, Toyota Velfire dan Toyota Alphard, manakala
di kategori van termasuklah Toyota Hiace.
Anda
boleh memilih mengikut bajet anda, ataupun bergantung kepada keselesaan anda
sama ada anda hanya inginkan ruang yang besar untuk membawa orang yang ramai
atau inginkan kelas, gaya dan keselesaan dalam pemanduan anda. Apa-apa pun,
kesemua kereta sewa ini bergantung kepada pilihan dan citarasa anda untuk
memilih apa jenis kenderaan yang sesuai bergantung kepada kehendak anda.
Di
samping itu juga, selain daripada menyediakan kereta sewa, syarikat HZ Rental juga menwarkan perkhidmatan pemandu atau chauffeur beserta kereta sewa. Ia amat memudahkan terutama sekali bagi pegunjung-pegunjung yang datang
ke Manjung, Lumut Perak buat pertama kalinya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih
lanjut mengenai perkhidmatan kereta sewa sekali pemandu atau chauffeur ini,
anda boleh hubungi kami di contact info kami di bawah.
Senarai Kereta, MPV dan Van Sewa Di Manjung
Berikut adalah
senarai harga bagi kereta-kereta, MPV beserta van yang boleh didapati di HZ Rental, kereta sewa murah di Lumut, Manjung & Sitiawan Perak hanya dari RM49.90/sehari.
Pelbagai pilihan yang anda boleh pilih terpulang kepada kehendak, kemahuan,
citarasa mahupun bajet anda. Pasti anda akan mendapat kereta sewa anda dengan
harga yang berpatutan. Tempahlah sekarang sebelum terlambat!
Sewa Perodua Viva di
Manjung
Harian: RM100 / hari
Mingguan: RM85.71 / hari
Bulanan: RM49.90 / hari
Kecil tetapi lincah, penjimatan petrol yang
maksimum dan pemanduan yang selesa dan mudah kerana saiz kecil yang ringan dan mudah
dibawa, sesuai untuk mereka yang hendak pergi ke tempat yang sesak dan susah
nak parking, yang mana kereta kecil ini boleh mencilok ke sini dan ke sana
dengan mudah. Jangan terpedaya dengan saiznya yang kecil.
Sewa Perodua Axia di
Manjung
Harian: RM110 / hari
Mingguan: RM94.28 / hari
Bulanan: RM55 / hari
Hampir
setanding dengan Perodua Myvi dari segi dan pemanduan, Perodua Axia menawarkan
ruang duduk seramai 5 orang untuk anda beserta rakan-rakan anda menjelajahi
sekitar Lumut atau Manjung Perak dengan selesa, namun dapat memaksimumkan penjimatan
penggunaan petrol.
Sewa Proton Saga di
Manjung
Harian: RM130 / hari
Mingguan: RM111.42 / hari
Bulanan: RM65 / hari
Untuk
tampak sedikit bergaya terutama sekali sekiranya anda hendak menyewa bagi
tujuan kerja. Proton Saga menawarkan ruang but yang luas untuk memasukkan
barang-barang keperluan di samping dapat menampung 5 orang penumpang dengan
selesa.
Sewa Perodua Myvi di
Manjung
Harian: RM130 / hari
Mingguan: RM111.42 / hari
Bulanan: RM65 / hari
Anda
hendak pergi ke tempat-tempat riadah di sekitar Lumut Perak seperti Pantai Teluk
Batik, Marina Island, Taman Paya Bakau dan sebagainya, elok digayakan dengan
Perodua Myvi yang serba berkebolehan dan versatile, yang mana ia boleh
melipatkan kerusi belakangnya untuk membesarkan ruang storan atau dilipat di
tempat asal untuk menampung 5 penumpang dengan selesa.
Sewa Proton Alza di
Manjung
Harian: RM190 / hari
Mingguan: RM162.65 / hari
Bulanan: RM95 / hari
Anda
perlukan ruang storan yang lebih besar atau inginkan kereta yang boleh
menumpang sehingga 7 orang penumpang, tetapi anda tidak mahu mengambil kereta
sewa yang terlalu mahal? Jangan risau , Perodua Alza ada, dengan versatility
untuk mengubah tempat duduk ke ruang storan but dan sebagainya. Ia juga tidak
terlalu besar yakni anda boleh memandunya di sekitar bandar Lumut dan Manjung dengan
selesa.
Sewa Honda City di
Manjung
Harian: RM240 / hari
Mingguan: RM205.71 / hari
Bulanan: RM120 / hari
Honda
City juga boleh membawa satu aura yang positif di kalangan peminat kereta ini,
dan ia antara satu-satunya model kereta bukan buatan Malaysia yang cukup berkualiti
dan berprestij. Siapa yang tak kenal kereta Honda dengan enjinnya yang mantap
dan pemanduannya yang marvelous! Sesuai bagi mereka yang memang suka memandu
tak kira di mana sahaja.
Sewa Proton Exora di
Manjung
Harian: RM270 / hari
Mingguan: RM231.42 / hari
Bulanan: RM135 / hari
Anda
inginkan ruang yang lebih luas daripada Perodua Alza? Cubalah pula sewa kereta
Proton Exora pula, yang mempunyai panjang dan luas kereta yang lebih tinggi
daripada Perodua Alza yang mana ia menawarkan ruang storan yang memang besar dan
sesuai untuk dibawa bershopping dengan melipatkan kedua-dua kerusi di bahagian
belakang dan di bahagian tengah kereta.
Sewa Toyota Hiace di
Manjung
Harian: RM240 / hari
Mingguan: RM205.71 / hari
Bulanan: RM120 / hari
Sekiranya
anda memerlukan ruang untuk membawa sejumlah penumpang yang besar, misalnya
seramai 15 orang, maka anda perlu menyewa van dan bukan kereta, dan antara
pilihan ramai adalah Toyota Hiace dengan kepelbagaian / versatility.
Sewa Hyundai Starex
di Manjung
Harian: RM650 / hari
Mingguan: RM557.14 / hari
Bulanan: RM260 / hari
Antara
pilihan MPV yang ekslusif, ia menawarkan ruang tempat duduk yang cukup selesa
dan pemanduan yang cukup mantap, tapi berhati-hati ye kerana MPV ini antara
kereta-kereta yang terbesar. Sungguhpun begitu anda akan terkejut dengan
handlingnya yang memang cukup responsif.
Sewa Toyota Velfire
di Manjung
Harian: RM850 / hari
Mingguan: RM728.71 / hari
Bulanan: RM300 / hari
Anda
ingin bergaya ala Dato Seri Vida dengan membawa Velfire? Ini adalah peluang
anda! Harga sewanya yang tinggi adalah disebabkan oleh pemberian keselesaan
yang optimum dan pemanduan yang memang class…Amat sesuai untuk disewa bagi para
eksekutif atau bahagian pengurusan atasan untuk tujuan mesyuarat, urusan
lawatan rasmi dan sebagainya.
Testimoni Kereta Sewa
Murah Di Manjung
Gambar-gambar
di bawah ini menunjukkan pelanggan-pelanggan dari Manjung Car Rental. Jelas
nampak dari raut wajah mereka yang tersenyum dan ceria menunjukkan rasa puas
hati mereka dengan mendapatkan khidmat kereta sewa daripada syarikat ini.
Pastinya mereka akan datang lagi untuk mendapatkan perkhidmatan dari Manjung
Car Rental sekiranya mereka memerlukan perkhidmatan kereta sewa pada masa yang
akan datang.
Daripada
pelanggan tempatan mahupun di luar negara, kesemuanya telah mendapat manfaat
dalam memilih serta mendapatkan perkhidmatan kereta sewa bagi apa sahaja tujuan
mereka, sama ada untuk tujuan pekerjaan, percutian dan sebagainya. Syarikat ini
amat berterima kasih atas sokongan dan minat yang didapati dari
pelanggan-pelanggan HZ Rental, kereta sewa murah di Manjung, Lumut
hanya dari RM49.90/sehari.
Dapatkan Kereta Sewa
Murah Di Manjung, Lumut Hanya RM49.90/Sehari
Jangan ditunggu-tunggu lagi! Anda tidak akan mendapat tawaran yang menarik seperti ini. Hanya dari RM49.90/sehari, anda boleh menyewa kereta idaman anda untuk anda ke mana-mana sahaja yang ingin dituju. Pelbagai pilihan dan jenama kereta untuk ada pilih bergantung kepada keperluan, kesesuaian, minat, penggunaan serta bajet anda. Dapatkan kereta sewa murah di Manjung, Lumut hanya dari RM49.90/sehari dari HZ Rental sekarang!
HZ RENTAL | PERKHIDMATAN KERETA SEWA LUMUT, MANJUNG & SITIAWAN PERAK
Telefon: 019-3112414 | Link WhatsApp
Website: http://www.lumutcarrental.com
Alamat:
Berhadapan Aeon Seri Manjung, Perak.
Berhadapan Aeon Seri Manjung, Perak.
Comments
Post a Comment